nuffnang

30 Ogos 2010

Duit yang membuat kita lupa

Duit menjadi kan orang berkuasa


Secara tidak sedar, kita telah meletakkan pergantungan kepada duit dan tidak meletak keyakinan kepada kekuasaan Allah. Allah itu Maha Adil dan rezeki pun sudah tercatat sekian lama. Kita hanya perlu berusahdan merancang tanpa perlu rasa gusar, risau, terkejar-kejar dan berlumba-lumba.

Tanda-Tanda Orang Yang Bersyukur

Tidak salah menjadi seorang yang kaya, jutawan atau mengumpul harta. Isi pokok di sini adalah menjadi seorang yang bersyukur dan dari manakah datangnya harta tersebut (halal atau haram).

“Duit, Anda dan Islam” pada bab permulaan, menerangkan secara jelas dan ringkas apa erti zuhud yang sebenar, iaitu bukan soal duit yang banyak atau sedikit yang perlu dipersoalkan, adalah dari mana duit itu datang dan ke mana, dan bagaimana duit ia disalurkan.



Apakah tanda-tanda orang yang bersyukur?

1. Amat pemurah dan tidak berkira-kira untuk menyumbang sebahagian hartanya kepada mereka yang memerlukan.

2. Tidak hanya kenyang keseorangan. Mereka sentiasa memastikan ahli keluarga, saudara-mara dan jiran tetangga tidak kelaparan dan kesusahan.

3. Sentiasa rasa cukup dan tidak mengejar duniawi dan material. Qanaah bukan bermaksud berhenti berusaha dan tiada peningkatan. Tetapi ia bermaksud syukur ke atas rezeki yang diperolehi dan terus berusaha mendapatkan rezeki yang halal.

4. Hanya membeli barang yang diperlukan sahaja. Mereka yang bersyukur tidak membeli sesuatu yang tidak digunapakai. Bagi mereka, jika ada sesuatu yang lebih penting dan jika ada orang lain dalam kesusahan, itu lebih utama daripada memuaskan mata dan hawa nafsu.

5. Selain berusaha mendapatkan wang, mereka juga begitu sibuk membantu orang lain dengan rezeki yang mereka perolehi. Orang yang bersyukur ‘bukan hanya sibuk mengenyangkan perut sendiri, tapi juga mengenyangkan perut orang lain’.

6. Menjadi diri sendiri. Mereka yang bersyukur sama sekali tidak memperbandingkan dengan orang lain walaupun pendapatannya bukanlah sebesar seperti orang lain. Orang yang bersyukur berusaha mencari rezeki yang halal, memenuhi keperluan hidup seharian, menyimpan buat bekalan dan berkongsi sebahagian dengan orang lain.

7. Tidak menunjuk-nunjuk atau ‘heboh satu kampung’. Mereka yang bersyukur tetap “low profile”, tenang dan terus berusaha.

Bersyukurlah ke atas apa saja yang kita dapat dan teruskan bekerja tanpa rasa putus-asa. Menjadi orang yang bersyukur itu lebih HEBAT berbanding menjadi kaya tetapi tidak menyertakan rasa syukur.

‘Kejarlah ketenangan, bukan kekayaan’. Si kaya atau si miskin, tak ke mana jua, tak berbeza destinasinya. Akhirnya semua ke kubur jua. Yang menjadi pengukur ‘di sana’, adalah amal, bukan harta yang menggunung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Recents Post