nuffnang

6 Ogos 2010

Lelaki hamil


Scott (kiri) dan Thomas Moore, di rumah mereka di Weed, Utara Carolina.


OK,sebelum anda termuntah ingin saya nyatakan ini bukan kisah cinta romantik biasa yang anda selalu dengar. Bagaimanapun pasangan Scott dan Thomas Moore tetap berusaha agar perhubungan cinta mereka berakhir dengan kegembiraan.
Scott Moore, merupakan lelaki kedua dalam dunia ini yang hamil dan dijangka melahirkannya pada bulan depan.
'Kami tahu masyarakat mengkritik kami tetapi kami bahagia dan tidak berasa malu,' katanya.
Scott (dilahirkan sebagai Jessica), mula mengambil hormon lelaki dan mebuat pembedahan membuang payudaranya berukuran 36E ketika berumur 16 tahun.
Gambar Ultrasound bayi pasangan ini.

‘Saya adalah seorang tomboi tetapi apabila payudara saya mula membesar, saya sedar telah saya dilahirkan dalam tubuh yang salah,' katanya.
'Saya tidak mendapatkan zakar kerana saya tidak mampu.'
Bekas tutor autistik itu berkata: ‘Kami sedang menonton sebuah filem dan saya secara spontan berkata: “Saya mahukan seorang bayi”. Rupa-rupanya, Thomas turut merasakan perkara yang sama.'
Suaminya Thomas, (yang dilahirkan sebagai Laura), berusaha mencari seorang kawan untuk mendermakan sperma - dan dengan satu picagari ia 'disalurkan' kepada Scott dua kali sebulan. Ia mengambil masa selama empat bulan sebelum keputusan ujian kehamilan menunjukkan hasil yang positif.
Scott (dua dari kiri) dan Thomas Moore bersama dua anak angkatnya Gregg, 12, dan Logan, 10

Para doktor menasihatkan Scott supaya menggugurkannya bagaimanapun kedua-duanya yang berusia 30 tahun, menghadapi kesulitan mencari doktor yang akan menerima keadaan mereka yang aneh ini.
‘Ia sukar kerana ramai tidak mahu merawatku,' kata Scott.
'Orang yang hamil seharusnya tidak dinafikan hak penjagaan kesihatan mereka hanya kerana mereka seorang lelaki.'
Pasangan daripada California Utara ini sebelumnya telah mengambil Gregg, 12 tahun, dan Logan, 10 tahun, sebagai anak angkat sepanjang hubungan mereka selama 10 tahun ini.
Dan yang ketiga juga seorang budak lelaki - bernama Miles.
'Kami telah melalui banyak ejekkan dan kejian,' kata Thomas.
'Logan sering kena buli tetapi kini dia hanya berkata: “Anda mungkin mempunyai masalah dengan dua bapa saya - tetapi bukan saya , jadi kamu tidak menyakitkan hati saya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Recents Post