nuffnang

7 September 2010

Hukum Solat Jumaat Pada Hari Raya



Dalam Mazhab Syafi`e solat Jumaat kekal Wajib apabila jatuh hariraya pada hari jumaat dan solat hariraya hukumnya adalah sunat bukan wajib


Ulamak mengatakan hadis-hadis yang dikemukakan adalahah sahih, namun hadis itu ditujukan kepada bukan penduduk madinah

Kebenaran dari RasuluLLah meninggalkan solat jumaat bagi orang yang telah menunaikan solat hariraya ditujukan khas kepada Penduduk Al `Awaali  iaitu penduduk kampung-kampung diluar madinah yang sememangnya mereka tidak wajib solat jumaat.

Dalam Mazhab Syafi`e, musafir yang tidak wajib solat jumaat dan tidak disyaratkan bermusafir jauh.

Telah berkata Abu `Ubaid (Tabi`ie)
Kemudian aku berhariraya bersama Uthmaan bin `Affaan (khalifah ke 3)
Adalah hari itu hari jumaat, lantas beliau solat (hariraya) sebelum khutbah kemudian beliau berkhutbah maka antara kata-katanya :


"Wahai manusia sesungguhnya hari ini telah berhimpun untuk kamu 2 hariraya,
Maka sesiapa yang mahu menunggu (solat) jumaat dari kalangan penduduk Al `Awaali (kampung diluar Madinah) hendaklah ia menunggu.
Sesiapa yang suka kembali (kekampung dan tidak solat jumaat) maka sesungguhnya aku izinkan untuknya.


Mereka yang meninggalkan solat jumaat kerana hendak keinginan tidur,
Kerana kesibukan seharian berhari raya, kerana letih bersembang ,
Kerana sibuk berjuadah kuih muih,
Kerana sibuk membawa teman wanita bersiar-siar dihari raya dan pelbagai-bagai lagi kesibukan kita adakah sama situasi di atas..? sehinggakan kita mengabaikan perkara yang lebih keutamaan daripada yang bukan utama.
Masaalah dunia & akhirat lebih penting daripada kepentingan peribadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Recents Post