nuffnang

14 September 2010

Menara Condong Teluk Intan


Lebih sekurun yang lampau tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan diantara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina pada bekas terusan tersebut setelah ianya dikambus.


Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan

Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.


Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya pula menggunakan genting.

Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.




 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Recents Post