nuffnang

19 Oktober 2010

Perkara di Benci Oleh Allah

Empat Perkara Yang Di Keji


Perkara luar biasa yang di keji oleh Allah ialah perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang
biasa melalui pertolongan selain daripada Allah. Contohnya melalui pertolongan khadam-
khadam yang terdiri daripada Jin dan Syaitan dan sebagainya. Perkara luar biasa jenis ini
mestilah di jauhi oleh setiap orang Islam kerana ianya sesat dan menyesatkan. Perkara-perkara
tersebut ialah :-

1. Istidraj

Istidraj ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada mereka yang berpura-pura
beramal dengan amalan soleh, walaupun diri mereka mahir dengan fardhu ain, Usuluddin,
fekah dan tasauf. Mereka berbangga dengan perkara luar biasa yang berlaku ke atas diri
mereka sedangkan mereka mengetahui punca sebenar datangnya perkara luar biasa tersebut.
Lazimnya golongan ini terikat dengan perjanjian serta mewujudkan pantang-larang yang selari
dengan hukum syarak. Ini kerana khadam-khadam mereka adalah terdiri daripada golongan Jin
Islam samada yang soleh, fasik atau terdiri daripada Jin yang kafir.
Setiap amalan wirid, jampi dan doa itu ada penjaganya (Khadam). Orang yang beramal dengan kaedah ini kebiasaannya mempunyai suatu perasaan tidak baik yang telah tersemat dalam diri mereka. Antara matlamat mereka ialah :-

a) Ingin di puja.
b) Ingin dikunjungi oleh orang ramai
c) Cinta kepada pangkat dan kebesaran
d) Ingin mendapatkan harta dan kuasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Recents Post